JOHOR BAHRU: China menjadi pelabur tertinggi yang menyumbang kepada nilai pelaburan RM60.9 bilion direkodkan negeri ini bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Lee Ting Han berkata, pelaburan yang dilakukan syarikat-syarikat China itu dianggarkan hampir RM40 bilion, meliputi 60 peratus pelaburan yang diraih. Selain China, Singapura dan Korea Selatan turut menjadi antara penyumbang terbesar nilai pelaburan yang direkodkan sehingga suku kedua…










