PETALING JAYA: Bank Dunia menyemak naik unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun ini kepada 6.4 peratus daripada 5.5 peratus sebelumnya. Bagaimanapun, bank itu menurunkan anggaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk 2023 kepada 4.2 peratus daripada 4.5 peratus sebelum ini. Pakar ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia, Apurva Sanghi berkata, data itu menunjukkan pertumbuhan ekonomi negara ini telah berkembang melebihi jangkaan pada separuh pertama 2022. “Prestasi lebih baik dalam sektor perkhidmatan, pelancongan dan pembuatan, ditambah dengan pemulihan dalam pembinaan turut menyumbang kepada jangkauan yang lebih baik, justeru ia disemak semula.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya