PETALING JAYA: AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) bakal kembali beroperasi di Terminal 4 (T4) Lapangan Terbang Changi, mulai 15 September ini. Menurut syarikat itu, semua penerbangan yang dikendalikan oleh AirAsia Malaysia (kod penerbangan: AK), AirAsia Thailand (kod penerbangan: FD), AirAsia Indonesia (kod penerbangan: QZ) dan AirAsia Filipina (kod penerbangan: Z2) akan tiba dan berlepas dari Terminal 4. “Jadual penerbangan dan waktu perlepasan serta ketibaan tidak akan terjejas oleh perpindahan tersebut,”…










