Zurich Malaysia perkenal dana kemampanan

Zurich Malaysia perkenal dana kemampanan

KHOO AI LIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Zurich Malaysia memperkenalkan dana berteraskan kemampanan pertamanya, Zurich Global Green Fund sebagai sebahagian daripada matlamatnya untuk menjana nilai jangka panjang yang berterusan.

Pengenalan dana tersebut menjadikan Zurich sebagai penanggung insurans pertama di Malaysia yang melancarkan pelaburan neutral karbon sebagai salah satu pilihan dalam portfolio dana berkaitan pelaburan untuk insurans hayat, yang mempunyai komponen perlindungan dan pelaburan.

Zurich Global Green Fund melabur ke dalam syarikat yang memacu bidang teknologi hijau di seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Life Insurance, Khoo Ai Lin berkata, dana tersebut membolehkan pihaknya menjana pulangan yang lebih baik untuk pelanggan dan dapat memberi kesan positif kepada masyarakat.

“Sebagai sebahagian daripada ekosistem Zurich, kami memanfaatkan kemahiran dan keupayaan pengetahuan antarabangsa untuk meninggalkan impak positif.

“Kami mahu membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk melabur dalam dana yang menyokong agenda kemampanan. Zurich Malaysia percaya kami boleh membina masa depan yang lebih cerah melalui impak positif peranan kami sebagai penanggung insurans, pelabur dan majikan untuk manfaat rakyat Malaysia,” katanya.

Zurich Global Green Fund boleh didapati melalui pelan-pelan berkaitan pelaburan (ILP) Zurich Malaysia di bawah siri ValueLife, termasuk Zurich ValueLife Pluz yang baru dilancarkan.

Zurich ValueLife Pluz direka sebagai perancangan pembatalan hutang bagi membantu golongan dewasa muda Malaysia mencapai matlamat hidup mereka dengan keupayaannya untuk mengembangkan nilai dana melalui pelbagai dana pelaburan, termasuk Zurich Global Green Fund yang baharu.

ILP terkini ini menyediakan perlindungan dan ciri pelaburan serentak, sambil menawarkan fleksibiliti untuk membuat pengeluaran daripada Nilai Akaun Pelaburan tanpa penalti sekiranya berlaku kecemasan.

Pelan fleksibel ini mempunyai tempoh pembayaran premium sesingkat lima tahun untuk mendapatkan perlindungan 30 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×