WASHINGTON: Twitter Inc. telah diperintahkan untuk menyerahkan fail daripada bekas ketua produk penggunanya mengenai akaun spam dan bot kepada Elon Musk sebagaimana dibangkitkan oleh bilionair itu dalam usaha membatalkan pembelian bernilai AS$44 bilion (RM196.37 bilion) syarikat itu. Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Chancery Delaware, Kathaleen St. J. McCormick berkata, Twitter tidak perlu mengemukakan dokumen untuk kebanyakan pekerja yang dikatakan Musk adalah saksi utama dalam isu berkenaan. Twitter sebelum ini memfailkan saman ke…










