PETALING JAYA: Langkah Indonesia membenarkan kemasukan pekerja mereka ke Malaysia bermula semalam, memberi manfaat kepada sektor perladangan yang ketika ini mengalami kekurangan tenaga pekerja terutama kategori penuaian dan pemungutan buah tandan segar (BTS). Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, dengan kemasukan pekerja dari Indonesia itu, jumlah pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) akan dapat ditingkatkan dan sasaran untuk mencapai 18.5 juta dijangka dapat…










