IOI Properties buka galeri jualan di Bandar Putra Kulai

IOI Properties buka galeri jualan di Bandar Putra Kulai

DARI kiri: Nicole Lee, Melissa Tan, Voon Tin Yow, Lim Beng Yeang dan Kelvin Tang memotong riben pada majlis pelancaran IOI Galeri di Kulai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Pembeli rumah berpeluang secara dekat hartanah pilihan mereka dengan pembukaan IOI Sales Galleria dan Show Village di Bandar Putra Kulai, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif IOI Properties Group Bhd., (IOIPG) Datuk Voon Tin Yow berkata, pembukaan galeri jualan baharu dan perkampungan pameran itu mencerminkan komitmen syarikat untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggannya.

Menurutnya, perkampungan pameran itu akan mempamerkan konsep reka bentuk produk syarikat dan juga persekitaran binaan perbandaran Bandar Putra Kulai.

“Ia merupakan galeri kedua kami di perbandaran. Galeri tersebut dilengkapi dengan lebih 200 tempat letak kereta, tandas awam, kedai makanan dan minuman (F&B) di lokasi dan tempat untuk trak makanan.

“Perkampungan pameran pula menempatkan 12 unit pameran rumah berkembar satu tingkat Arcela dan Sonatia taman dua tingkat, enam kedai F&B yang dibuka kepada orang ramai dan juga sebuah amfiteater.

“Usaha kami tidak berakhir di sini kerana kami mempunyai rancangan untuk memastikan penambahbaikan berterusan Bandar Putra Kulai,” katanya pada Majlis Perasmian IOI Galleria@Bandar Putra Kulai yang baharu, di sini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Kewangan, Melissa Tan; Ketua Jualan, Pemasaran dan Penjenamaan; Nicole Lee dan Pengurus Besar Presint Kulai, Kelvin Tang.

Tin Yow berkata, syarikat itu kini sedang berbincang dengan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) untuk menaik taraf persimpangan di perbandaran itu bagi meningkatkan kesalinghubungan dan meningkatkan keselamatan jalan raya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi IOIPG (Wilayah Johor) Lim Beng Yeang berkata, dibangunkan pada 1995, perbandaran bersepadu di atas 5,700 ekar itu kini menjadi kediaman lebih 50,000 penduduk.

Beliau berkata, setakat ini perbandaran itu mempunyai kira-kira 12,800 unit kediaman, kedai komersial dan industri, pusat beli-belah runcit, pusat peranginan golf 18 lubang, taman bandar, sekolah rendah dan menengah dan kemudahan awam.

Pembangunan bersepadu yang dirancang dengan baik itu diunjurkan mencapai nilai pembangunan kasar RM11 bilion setelah siap,” katanya.

Beliau berkata, simpanan tanah sedia ada syarikat di Johor kini berjumlah kira-kira 5,700 ekar, dengan sebahagian besar simpanan tanah seluas 3,200 ekar di Bandar Putra Kulai.

Beng Yeang menambah hingga kini, 2,500 ekar telah dibangunkan dan perbandaran itu mudah diakses ke Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Senai-Desaru dan hanya lapan minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN