PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) mengukuhkan pelaburannya dalam pasaran hartanah luar negara dengan memuktamadkan rundingan pembelian bangunan di kota London pada 12 Julai lalu. Pembelian bangunan berstatus pegangan bebas itu adalah tambahan kepada senarai pelaburan TH yang mempunyai portfolio hartanah di United Kingdom (UK) sejak 2012. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, hartanah tersebut merupakan pejabat kerajaan yang menempatkan Kementerian Pengangkutan United…










