PETALING JAYA: Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Berhad (Proton) menerusi anak syarikatnya, Proton Capital Berhad telah berjaya memuktamadkan terbitan bahagian kedua Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) bernilai RM700 juta di bawah program Sukuk Wakalahnya. Menurut Proton, IMTN terbukti popular dalam kalangan komuniti pelabur dan terlebih langganan hampir empat kali ganda. Program Sukuk Wakalah Proton terdiri daripada Kertas Komersial Islam (ICP) yang bernilai RM1.0 bilion dalam nilai nominal bersama IMTN yang…