PETALING JAYA: Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) merayu kerajaan mengkaji semula keputusan melarang penjualan tembakau dan produk rokok pada masa hadapan yang akan memudaratkan perniagaan makanan di seluruh negara. PRIMAS mengeluarkan kenyataan itu ekoran laporan berita baru-baru ini bahawa kerajaan telah meluluskan rang undang-undang tembakau oleh Kementerian Kesihatan, termasuklah melarang penjualan rokok dan produk vape kepada golongan yang lahir selepas 2007. Presiden PRIMAS, J. Suresh berkata, persatuan amat percaya…










