Nilai eksport koko dijangka lebih RM6.87 bilion - Utusan Malaysia

Nilai eksport koko dijangka lebih RM6.87 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Nilai eksport bagi biji dan produk berasaskan koko dan produk berjumlah RM3.02  bilion bagi tempoh Januari hingga Mei lalu.

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng berkata, nilai tersebut dijangka meningkat sehingga mengatasi RM6.87 bilion yang dicatatkan tahun lalu berdasarkan permintaan yang tinggi ketika ini.

Menurutnya, produk berasaskan koko seperti serbuk koko di Malaysia mempunyai pasaran yang luas terutamanya di negara Timur Tengah dan Asia Tenggara selain diterima baik pengguna di peringkat antarabangsa.

“Nilai eksport biji koko dan produk bagi tempoh Januari hingga Mei tahun lalu dicatatkan sebanyak RM2.77 bilion, menunjukkan peningkatan sebanyak 8.9 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun ini,” katanya pada Majlis Perasmian Pusat Keusahawanan Coklat Tanjung Piai dan Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat di Pekan Nanas, di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (LKM), Rahimah Majid.

Jeck Seng yang juga Ahli Parlimen Tanjung Piai berkata, kementerian turut melatih usahawan tempatan mengeluarkan coklat menerusi Pusat Keusahawanan Coklat Tanjung Piai yang dibangunkan dengan kerjasama Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC). 

Ujarnya, LKM juga telah mewujudkan program pembangunan usahawan coklat sejak 1998 dengan menyediakan latihan, insentif peralatan dan mesin dan khidmat nasihat.

“Hingga kini program ini telah melahirkan seramai 242 usahawan coklat buatan tangan. Jumlah usahawan dijangka terus meningkat 282 orang pada akhir 2025.

“Tahun lepas, sektor usahawan coklat dan konfeksi koko menyumbang sebanyak RM5.55 juta dan dijangka terus meningkat menjadi RM12.5 juta hingga akhir 2025,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya