Larang rokok, vape langgar hak asasi – ARRESCON

Larang rokok, vape langgar hak asasi – ARRESCON

R. PANIER SELVAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan unilateral kerajaan melarang produk rokok, termasuk vape dan rokok, bagi mereka yang lahir selepas 2007, melanggar hak asasi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (FC) dan Akta Perlindungan Pengguna (CPA) 1999.

Kolumnis undang-undang yang juga juruperunding Utama bagi kumpulan pemikir, Arunachala Research & Consultancy Sdn. Bhd. (ARRESCON), R. Paneir Selvam berkata, dengan meletakkan larangan menyeluruh terhadap individu yang dilahirkan selepas 2007, kerajaan telah mengelirukan dirinya sendiri dalam isu kesaksamaan, yang penting untuk sebarang perkara berkaitan pengguna.

“Walaupun Kerajaan mempunyai hak untuk menyekat pelbagai jenis produk bukan haram, kuasa ini mesti digunakan secara bertanggungjawab. Mereka tidak seharusnya mengarahkan generasi individu tertentu di dalam sesebuah negeri untuk mematuhi larangan tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Paneir Selvam, Artikel 5(1) FC 1957, menyatakan “Tiada seorang pun boleh dicabut nyawanya atau dilucutkan kebebasan peribadinya kecuali menurut undang-undang,” yang bermaksud, hak untuk kebebasan peribadi termasuk hak untuk privasi.

Perkara 8(1) FC 1957 pula katanya, menyatakan bahawa “Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan undang-undang yang sama,” yang bermaksud bahawa mereka yang lahir sebelum atau selepas 2007 harus dilayan sama rata oleh undang-undang.

Tambahnnya, Akta Perlindungan Pengguna 1999 (CPA) telah direka bentuk untuk memberi perlindungan yang lebih baik kepada pengguna, dan hak yang diberikan oleh akta itu tidak boleh dibatalkan.

Jelasya, ia dinyatakan dalam Seksyen 6 CPA, yang menyatakan bahawa akta itu akan mempunyai kuasa walaupun ada kontrak yang cuba mengehadkannya.

“Kerajaan mesti mengelak daripada menggubal apa sahaja undang-undang yang menjejaskan kesaksamaan dalam kalangan rakyatnya,” kata beliau.

Paneir Selvam berpendapat, pengguna harus menjadi orang yang memutuskan apa yang mereka mahu makan, bukannya kerajaan.

“Akhirannya nanti, pengguna hendaklah mempunyai kebebasan untuk memilih, yang merupakan hak mereka sebagai pengguna.

“Negara tidak boleh bertindak sebagai pengasuh kepada rakyatnya. Sebaliknya, mereka harus memberi tumpuan kepada pendidikan pengguna, yang merupakan strategi perlindungan pengguna yang paling berkesan kerana ia membantu mencipta kemahiran yang membolehkan pelanggan berkelakuan secara bertanggungjawab. Berbanding dengan mengganggu proses membuat
keputusan mereka.

“Kerajaan harus mengutamakan isu yang lebih mendesak seperti pemulihan ekonomi, peningkatan pengangguran dan jenayah kolar putih daripada menumpukan kepada larangan barangan merokok untuk individu yang lahir selepas 2005,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya