Krisis ekonomi global 2023?

Krisis ekonomi global 2023?

Perang Russia - Ukraine yang berlarutan sehingga membawa kepada sekatan antarabangsa boleh menyebabkan kesan yang lebih serius termasuk krisis ekonomi global. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tidak menolak kemungkinan kemelesetan ekonomi global akan berlaku pada tahun hadapan (2023) berikutan wujud risiko yang tinggi.

Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva memberitahu, prospek ekonomi global telah “menjadi gelap dengan ketara” sejak April lalu sehingga mendorong IMF menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi global pada 3.6 peratus, tahun ini.

Bagaimanapun kata beliau, pakara-pakar ekonomi IMF masih lagi dalam proses mengemas kini data berkenaan.

IMF dijangka akan mengeluarkan unjuran ekonomi untuk 2022 dan 2023 penghujung bulan ini selepas menurunkan unjuran hampir satu peratus pada April. Pada 2021, ekonomi global berkembang pada kadar 6.1 peratus.

“Tinjauan sejak kemas kini terakhir kami pada April telah “menjadi gelap dengan ketara”,” katanya kepada Reuters dalam satu temu bual.

Beliau turut memetik penyebaran inflasi yang lebih universal, kenaikan kadar faedah yang lebih besar, kelembapan dalam pertumbuhan ekonomi China, dan peningkatan sekatan yang berkaitan dengan perang Russia-Ukraine.

“Kita berada di perairan yang sangat bergelora,” katanya lagi.

Ditanya sama ada beliau boleh menolak kemelesetan global, Georgieva berkata: “Risiko telah meningkat, jadi kita tidak boleh menolaknya.”

Tambah beliau, data ekonomi terkini menunjukkan beberapa ekonomi besar termasuk China dan Russia, telah mengalami penguncupan pada suku kedua, sambil menyatakan risiko lebih tinggi 2023.

“Tahun 22 akan menjadi sukar, tetapi mungkin lebih sukar 2023. Risiko kemelesetan meningkat pada 2023,” kata beliau.

Georgieva berkata, pengetatan keadaan kewangan yang berpanjangan akan merumitkan prospek ekonomi global, namun menambah adalah penting untuk mengawal harga yang melonjak.

“Tinjauan global kini lebih heterogen berbanding dua tahun lalu, dengan pengeksport tenaga, termasuk Amerika Syarikat, berada pada kedudukan yang lebih baik, manakala pengimport bergelut.

“Pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan mungkin merupakan “harga yang perlu dibayar” memandangkan keperluan mendesak dan menekan untuk memulihkan kestabilan harga,” katanya.

Beliau turut menyentuh perbezaan risiko yang semakin meningkat antara dasar fiskal dan monetari, dan menggesa negara-negara supaya menentu ukur dengan teliti tindakan tersebut untuk mengelakkan sebarang peluang sokongan fiskal yang menjejaskan usaha bank pusat untuk mengawal inflasi.

“Kita perlu mewujudkan tahap penyelarasan kukuh yang sama antara bank pusat dan kementerian kewangan supaya mereka memberikan sokongan dengan cara yang sangat disasarkan, dan tidak melemahkan apa yang ingin dicapai oleh dasar monetari,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya