PETALING JAYA: Krisis kenaikan harga barangan komoditi yang berlaku dalam pasaran, secara tidak langsung memberi kesan terhadap pembangunan ekonomi Malaysia, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, kenaikan harga barang akan membawa kepada inflasi yang akan menjejaskan pemulihan ekonomi negara. Di samping itu, kata beliau, Dasar Sifar Covid yang dilaksanakan oleh China telah menyebabkan kekurangan dan kelewatan pembekalan bahan, lantas menjejaskan pasaran global,…










