PETALING JAYA: Kapal persiaran Spectrum of The Sea yang dimiliki oleh Royal Caribbean Cruise Ltd. (RCCL) akan berlabuh di Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT), Pulau Pinang esok (2 Julai 2022) seawal pukul 8 pagi. Kapal persiaran tersebut membawa 3,239 penumpang dan 1,577 anak kapal, pada awalnya dijadualkan berlabuh di Pulau Pinang 18 Jun 2022, namun tertangguh atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinanng (SPPP), Datuk Tan…










