PETALING JAYA: Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menyemak naik unjuran jumlah keseluruhan industri (TIV) kenderaan bagi tahun ini kepada 630,000 unit berbanding unjuran awal sebanyak 600,000 unit yang ditetapkan awal tahun ini. Presidennya, Datuk Aishah Ahmad berkata, peningkatan sebanyak 30,000 unit daripada jangkaan asal itu dibuat berdasarkan prestasi ekonomi Malaysia yang dijangka meneruskan momentum pemulihan selepas menyaksikan pertumbuhan sebanyak 5.0 peratus pada suku pertama. Ujarnya, dengan sokongan dasar kerajaan yang konsisten,…










