PETALING JAYA: Mercedes-Benz Malaysia mengukuhkan kedudukannya untuk menerajui segmen kenderaan elektrik melalui pengenalan tiga model baharu. Dengan pengenalan kenderaan elektrik mewah dalam keluarga Mercedes-EQ, syarikat komited untuk membuka jalan bagi masa depan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia. Ia sejajar dengan hala tuju global syarikat untuk menggunakan kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang hujung dekad, di pasaran yang membenarkan. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Sagree Sardien berkata, Mercedes-Benz Malaysia mengekalkan momentum…