PETALING JAYA: Prospek ekonomi Johor dijangka terus berkembang kesan daripada pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura, sekali gus membantu merancakkan lagi usaha pemulihan negara. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, ekonomi Johor berada semula pada landasan pemulihan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun lalu mencatat nilai RM131.1 bilion, pertumbuhan 2.4 peratus berbanding RM128 bilion tahun sebelumnya. Ujarnya, melangkah ke hadapan, aktiviti perniagaan dapat diteruskan dan dalam masa yang…









