PETALING JAYA: Kerajaan perlu segera meneroka sumber tenaga boleh baharu secara lebih meluas supaya dapat mengurangkan kebergantungan kepada arang batu dieksport dari negara jiran Indonesia yang diperlukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi membekalkan tenaga elektrik. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, sekiranya negara terus bergantung kepada bekalan arang batu dari Indonesia, pastinya ia berisiko tinggi. “Ini bukan sahaja menyebabkan…










