PETALING JAYA: Funding Societies, platform pembiayaan digital PKS terbesar di Asia Tenggara, mengumumkan pengambilalihan perkhidmatan pembayaran serantau, CardUp untuk jumlah yang tidak didedahkan. Menerusi langkah ini, Funding Societies akan memperoleh keupayaan pembayaran komersial CardUp seperti pembayaran-melalui-kad kepada penerima yang tidak mempunyai kemudahan penerimaan pembayaran kad (bagi transaksi dalam dan luar negeri). Kemudahan lain ialah penerimaan pembayaran dalam talian, perisian automasi invois serta lesen-lesen berkenaan dan penyepaduannya dengan perisian perniagaan pihak…