Desa ParkCity Kuala Lumpur menang anugerah ULI Asia Pacific - Utusan Malaysia

Desa ParkCity Kuala Lumpur menang anugerah ULI Asia Pacific

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Pelan utama perbandaran Desa ParkCity Kuala Lumpur daripada pemaju hartanah, Perdana Parkcity Sdn. Bhd. dipilih sebagai salah satu daripada 13 pemenang serantau 2022 Urban Land Institute Asia Pacific Award (ULI APAC Awards).

Pencapaian penting itu menandakan Desa ParkCity sebagai penyertaan Malaysia pertama yang disenarai pendek dan dianugerahkan ULI APAC Awards for Excellence, yang diiktiraf secara meluas di seluruh Asia Pasifik sebagai salah satu anugerah paling berprestij di rantau ini dalam komuniti pembangunan.

Pemenang tahun ini dipilih daripada kumpulan kompetitif 64 penyertaan oleh juri profesional pakar terkemuka, di mana mereka menilai berdasarkan usaha pembangunan unggul mereka dalam sektor swasta, awam dan bukan untung.

Pemenang program tahun ini diumumkan di Anugerah Asia Pasifik untuk Kecemerlangan 2022 yang dianjurkan secara maya pada 21 Jun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ParkCity, Datuk Joseph Lau berkata, ia satu penghormatan dan keistimewaan untuk seluruh organisasi mereka yang yang telah menjadi pembangunan harta pertama Malaysia yang dipilih untuk memenangi anugerah itu.

“Itu adalah pengiktirafan terhadap semua usaha, aspirasi dan visi oleh semua orang dalam syarikat kami, bersama-sama dengan sokongan yang diterima daripada mereka yang terlibat.

“Kemenangan itu juga merupakan penanda aras bagi pembangunan inovatif ParkCity dan kecemerlangannya dalam mencipta ruang untuk kehidupan, di samping pelbagai aspek holistic kemampanan, keselamatan, kesihatan, kesejahteraan dan persekitaran,” katanya dalam kenyataan.

Ujarna, memenangi anugerah itu akan melonjakkan lagi penjenamaan ParkCity ke arena antarabangsa dan pada masa sama meningkatkan semangat pekerja dan komuniti mereka.

“Bagaimanapun, kami tidak akan berehat berikutan kejayaan ini, tetapi akan terus berinovasi untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada masyarakat dan menyampaikan projek yang berkualiti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya