Bank Singapura naikkan kadar faedah

Bank Singapura naikkan kadar faedah

DBS mengikuti tindakan bank-bank tempatan Singapura lain yang menaikkan kadar faedah susulan langkah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, dalam usaha mengekang kenaikan inflasi. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Bank terbesar Singapura, DBS Group Holdings Ltd. menyertai institusi kewangan lain dengan menaikkan kadar pinjaman selaras dengan keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) yang meningkatkan kadar faedah untuk mengawal inflasi.

Memetik laporan The Straits Times (ST), DBS juga membatalkan pakej kadar tetap lima tahunnya untuk pemilik pangsapuri perumahan awam.

Bank itu menaikkan kadar tetap pakej pembiayaan dua tahunnya sebanyak 0.3 mata kepada 2.75 peratus setahun, manakala pakej kadar tetap tiga tahun kini 0.15 mata lebih tinggi kepada 2.75 peratus setahun.

Bank tempatan lain seperti United Overseas Bank Ltd dan Oversea-Chinese Banking Corp telah menaikkan kadar mereka minggu lepas, jelas laporan itu.

Rizab Persekutuan AS bulan ini meningkatkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas, kenaikan terbesar sejak 1994, lapor Bloomberg.

Di peringkat global, kos pinjaman meningkat apabila bank-bank pusat berusaha untuk mengekang kenaikan inflasi.

Jualan kediaman Singapura berada pada paras tertinggi dalam tempoh enam bulan pada Mei, dengan ekonomi yang melantun semula di bandar raya itu memacu permintaan untuk perumahan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN