Untung bersih UOB Malaysia meningkat 12.2% kepada RM1.14 bilion

UOB Malaysia catat untung bersih RM1.14 bilion

NG WEI WEI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UOB Malaysia mencatat peningkatan 12.2 peratus dalam keuntungan bersih kepada RM1.14 bilion pada 2021 berikutan pendapatan operasi yang lebih tinggi dan jumlah peruntukan jangkaan kerugian kredit yang lebih rendah.

Jumlah pendapatan operasi UOB Malaysia meningkat 4.3 peratus kepada RM3.35 bilion, bersandarkan pendapatan faedah bersih yang lebih kukuh dan pendapatan bersih yang lebih tinggi daripada perniagaan Perbankan Islam.

Jumlah peruntukan jangkaan kerugian kredit ialah 17.7 peratus atau RM103.2 juta lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

Penurunan itu sebahagian besarnya disebabkan oleh jangkaan kerugian kredit yang lebih rendah ke atas pinjaman, pendahuluan, pembiayaan dan aset kewangan lain untuk aset tidak terjejas.

Selain menguruskan perbelanjaan budi bicaranya secara berhemat, UOB Malaysia terus melabur dalam infrastruktur teknologi pada 2021 dalam usaha menyokong pertumbuhan perniagaan.

Itu telah membawa kepada peningkatan 5.7 peratus dalam jumlah perbelanjaan operasi kepada RM1.36 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia, Ng Wei Wei berkata, meskipun berada dalam persekitaran operasi yang tidak menentu pada 2021, kami telah memberi prestasi yang membanggakan, dengan peningkatan dalam pendapatan operasi dan keuntungan bersih.

“Melalui pengurusan risiko yang berhemat dan pendekatan perniagaan yang berdisiplin, kami mengekalkan penyata imbangan yang kukuh sambil terus merebut peluang dan mengembangkan bahagian pasaran.

“Melangkah ke hadapan, kami kekal bertumpu pada peningkatan infrastruktur teknologi untuk memacu inovasi dan prestasi.

“Kami juga akan terus membantu pelanggan mengambil kesempatan daripada arah aliran pertumbuhan berstruktur ASEAN, selain beralih kepada kemampanan melalui rangkaian penyelesaian pembiayaan kami,” katanya dalam kenyataan.

Dari segi kemampanan, UOB Malaysia mencapai satu lagi kejayaan dengan pelancaran program U-Energy2.

Sebagai platform pembiayaan bersepadu pertama di Asia, program itu diperkenalkan bagi membantu perniagaan dan pemilik rumah menyesuaikan semula bangunan mereka dengan ciri-ciri cekap tenaga untuk mengurangkan penggunaan tenaga.

U-Energy melengkapkan program U-Solar Bank, yang dilancarkan pada 2019, dalam usaha menyediakan penyelesaian pembiayaan fleksibel kepada rakyat Malaysia untuk beralih kepada sumber boleh diperbaharui selain memainkan peranan dalam menangani perubahan iklim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×