SC, Labuan FSA perkukuh kerjasama dan kolaborasi kawal selia - Utusan Malaysia

SC, Labuan FSA perkukuh kerjasama dan kolaborasi kawal selia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) baharu untuk membuka laluan kepada kerjasama kawal selia, penguatkuasaan dan pengawasan yang lebih besar antara kedua-dua pengawal selia berkenaan.

Berikutan persekitaran perniagaan yang kian berubah serta perkembangan kawal selia dan dasar baharu, MOU tersebut adalah berasaskan dan mengukuhkan lagi Memorandum Kerjasama dan Bantuan Bersama yang ditandatangani oleh kedua-dua agensi pada 2004.

MoU tersebut, yang merangkumi aktiviti pembangunan dan pengawalseliaan pasaran modal di Malaysia, akan membolehkan SC dan Labuan FSA mengukuhkan kerjasama dalam bidang kepentingan bersama, termasuk pemantauan risiko dan meningkatkan kestabilan pasaran modal.

MoU itu juga akan meningkatkan penyediaan bantuan teknikal, pembinaan kapasiti dan pertukaran maklumat antara kedua-dua pengawal selia.

Pengerusi SC, Datuk Syed Zaid Albar berkata, kerjasama itu merupakan inisiatif penting untuk mengembangkan pasaran modal dan mencapai kerjasama dan sinergi yang lebih besar antara SC dan Labuan FSA.

“Penyeliaan dan pengawasan sentiasa menjadi teras kepada mana-mana mandat pengawal selia. Peningkatan kerjasama ke arah membina persekitaran kawal selia yang kukuh, inovatif dan stabil akan memacu pertumbuhan segmen pasaran sedia ada dan baharu serta memanfaatkan pasaran, peserta dan pelabur,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengerusi Labuan FSA, Datuk Siti Zainab Omar berkata, MoU tersebut akan membuka jalan kepada SC dan Labuan FSA untuk mengukuhkan lagi kerjasama yang telah lama terjalin, dalam memastikan pembangunan industri pasaran modal di Labuan IBFC dan landskap pasaran modal Malaysia.

MoU yang ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SC, Datuk Zainal Izlan Zainal Abidi dan Siti Zainab itu meneguhkan komitmen kedua-dua pengawal selia untuk memastikan pasaran modal Malaysia kekal relevan dan mencapai hasil yang diharapkan untuk semua pihak berkepentingan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya