PETALING JAYA: Penganalisis ekonomi berpendapat, kadar inflasi Malaysia masih lagi terkawal walaupun telah meningkat 2.2 peratus kepada 125.6 pada Mac lalu. Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, kadar inflasi Malaysia masih terkawal kerana dasar kerajaan yang berkaitan dengan subsidi serta kawalan harga bagi barangan tertentu telah banyak membantu. “Kesan kenaikan inflasi yang tinggi akan mengurangkan kuasa beli rakyat disebabkan wang diterima menjadi lebih sedikit nilainya…