Tanjung Bidara bakal berwajah baharu

Tanjung Bidara bakal berwajah baharu

AB. Rauf Yusoh menerima cenderamata daripada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Datuk Saifuddin Abdul Karim pada Majlis Penutup Pesta Pantai Tanjung Bidara 2025 di Melaka. UTUSAN/AMRAN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Pantai Tanjung Bidara di sini bakal tampil dengan wajah baharu bermula tahun depan dalam usaha menjadikannya sebagai destinasi pelancongan yang mampu menarik lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan awam akan dilaksanakan secara berperingkat dengan tumpuan kepada keselesaan serta keselamatan pengunjung.

“Semua struktur lama telah diruntuhkan dan diganti dengan binaan baharu yang lebih moden dan mesra pelancong.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita juga akan memperluaskan kawasan parkir, selain menyediakan ruang khusus untuk peniaga kecil agar mereka turut menikmati limpahan manfaat daripada sektor pelancongan,” katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Pesta Pantai Tanjung Bidara 2025, semalam.

Ab. Rauf berkata, penganjuran edisi kedua itu menyaksikan lebih 40 program dianjurkan termasuk persembahan kebudayaan, pertandingan raja dan ratu Dondang Sayang serta aktiviti rekreasi melibatkan agensi keselamatan seperti polis, bomba dan tentera.

“Kita mahu menjadikan Tanjung Bidara bukan sahaja pusat rekreasi keluarga tetapi juga pentas bagi memartabatkan seni budaya Melayu. Penyertaan anak-anak sekolah dalam tarian tradisional memberi nilai tambah kepada usaha memupuk kecintaan terhadap warisan negeri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN