Guna logo PN sahaja, boleh jimatkan kos - Muhyiddin

Guna logo PN sahaja, boleh jimatkan kos – Muhyiddin

MUHYIDDIN Yassin ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Pas ke-71 di Kompleks Pas Kedah hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap Pas mempertimbang untuk hanya menggunakan logo gabungan itu sebagai simbol pada pilihan raya akan datang.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu memberitahu, selain menjimatkan kos, penggunaan logo tunggal itu juga melambangkan penyatuan gabungan berkenaan. 

“Kita sudah ada satu gabungan, macam di Kedah dan Perlis ini kita pakai logo PN ketika PRU15 cuma Pas nak kekalkan logo mereka di Kelantan dan Terengganu, kita pun setuju. 

“Kalau boleh untuk ke depan nanti semua sama (logo PN), itu hajat saya. Tapi terserah kepada pucuk pimpinan apa keputusan yang mereka nak buat,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Pas ke-71 di Kompleks Pas Kedah, di sini hari ini. 

Kelmarin, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menyatakan hasrat Pas menggunakan logo parti itu pada PRU16 ini di negeri yang ditadbir mereka iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang bergelar SG4 sebagai langkah menyerlahkan lagi kekuatan mereka.

“Tiada apa-apa masalah guna simbol Pas di empat negeri ini, negeri lain tak apa lah kita boleh bincang sebab Kedah masa itu tak masuk dalam negeri yang guna simbol Pas, sebab itu Langkawi habis semua depa (Bersatu) ambil.

“Cuma kali ini dengan apa yang berlaku saya harap perunding-perunding kita (Pas) lebih bersedia untuk mendapatkan keadilan dalam soal pembahagiam kerusi dan perkara-perkara lain,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN