Harga keluli meningkat bagi semua kategori bangunan

Harga keluli meningkat

Harga keluli bagi semua kategori bangunan mencatatkan peningkatan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) bagi semua kategori bangunan meningkat antara 0.1 hingga 3.6 peratus, selari dengan peningkatan harga keluli, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, IKB tanpa bar keluli dan termasuk bar keluli bagi kesemua kategori bangunan bagi Malaysia meningkat antara 0.1 hingga 3.6 peratus dengan Semenanjung Malaysia antara 0.6 hingga 3.4 peratus, Sabah antara 0.1 hingga 2.4 peratus dan Sarawak antara 0.8 hingga 3.6 peratus.

Kata beliau, IKB bar keluli bagi semua kawasan di Semenanjung Malaysia meningkat antara 0.9 hingga 3.4 peratus bagi hampir semua kategori bangunan.

“Kategori bangunan yang merekodkan peningkatan tertinggi ialah Bangunan Konkrit Bertetulang (K.T.) 2−4 Tingkat (Berbumbung Rata) di Terengganu dan Kelantan.

“Sementara itu, IKB tanpa bar keluli di Sabah dan Sarawak meningkat di antara 0.3 dan 3.6 peratus bagi hampir semua kategori bangunan. Kategori bangunan dengan peningkatan tertinggi di Sabah dan Sarawak adalah Kerangka Besi 1 Tingkat
(Menara sahaja) di Kota Kinabalu dan Bangunan Kayu di Kuching,” katanya dalam kenyataan.

Jelas Mohd. Uzir, IKB dengan bar keluli bagi semua kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak meningkat di antara 0.1 dan 3.6 peratus bagi hampir semua kategori bangunan.

Katanya, kategori bangunan yang merekodkan peningkatan tertinggi di Semenanjung Malaysia ialah Bangunan (K.T.) 2-4 Tingkat (Berbumbung Rata) dan Bangunan (K.T.) 5 Tingkat dan Lebih (Untuk Pejabat) di Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan dengan 3.1 peratus, Kota Kinabalu di Sabah dengan 2.4 peratus bagi Kerangka Besi 1 Tingkat (Menara sahaja) dan Bangunan Kayu di Kuching dengan 3.6 peratus.

“Purata harga seunit besi terdiri daripada bar bulat keluli lembut dan mycon 60 high tensile deformed bars meningkat 2.3 peratus berbanding 1.4 peratus pada bulan sebelumnya. Peningkatan tertinggi bagi besi direkodkan di Sarawak (3.8%) diikuti Kelantan, Terengganu dan Pahang sebanyak 2.4 peratus.

“Harga bagi hampir semua bahan binaan seperti simen, keluli, batu baur, pasir, batu bata & dinding, bahan bumbung dan bahan siling telah meningkat pada April 2022,” katanya.

Mohd. Uzir berkata, laporan World Steel Association menyatakan pengeluaran keluli mentah dunia bagi 64 buah negara adalah sebanyak 161.0 juta tan pada Mac 2022, dengan penurunan sebanyak 5.8 peratus berbanding Mac 2021.

Katanya, pengeluaran keluli mentah global adalah sebanyak 456.6 juta tan dalam tempoh tiga bulan pertama pada tahun 2022 dengan penurunan sebanyak 6.8 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021.

Menurut laporan World Bank, kebanyakan harga komoditi dijangka meningkat pada tahun 2022 dan kekal tinggi dalam jangka sederhana, terutamanya bagi komoditi yang mana, Russia dan Ukraine merupakan pengeksport utama komoditi, termasuk tenaga dan bijirin.

Harga komoditi meningkat dengan mendadak berikutan bermulanya peperangan di Ukraine serta pasca COVID-19 yang meluas. Kenaikan harga tenaga akan meningkatkan kos pengekstrakan dan penapisan bijih logam, terutamanya aluminium, bijih besi dan keluli, jelas beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×