PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan kadar dasar semalaman (OPR), yang menjadi penanda aras pinjaman tempatan pada suku ketiga atau keempat tahun ini. Jangkaan itu berikutan kenaikan kadar faedah 0.5 peratus oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) bagi membendung gelombang peningkatan inflasi. Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, BNM sentiasa menyelia kadar OPR untuk disesuaikan terutamanya di pasaran modal dan…










