SKS Airways lancar penerbangan berjadual ke Pulau Tioman

SKS Airways terbang ke Tioman

Kekerapan penerbangan SKS Airways ke Tioman akan ditingkatkan kepada dua kali sehari bermula 1 Julai hingga 29 Oktober 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: SKS Airways melebarkan sayap dengan pelancaran penerbangan berjadual ke Pulau Tioman dari Subang pada 1 Mei ini.

Pengarah SKS Airways, Datuk Rohman Ahmad berkata, pelancaran penerbangan ke Pulau Tioman amat bermakna bagi syarikat kerana ia menandakan perkembangan berterusan sebagai syarikat penerbangan komersial berjadual yang menawarkan perkhidmatan penumpang dan carter.

“Penerbangan terus ke Pulau Tioman ini akan memudahkan perjalanan percutian pulau kepada para pelancong tempatan dan luar negara. Ini amatlah bertepatan dengan pembukaan sekatan perjalanan dan sempadan ke arah menuju ke fasa endemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan.

Menurut SKS Airways, sektor penerbangan baharu Subang-Tioman akan beroperasi dengan empat kali penerbangan seminggu. Bermula 1 Julai hingga 29 Oktober 2022, jumlah kekerapan penerbangan akan ditambah kepada dua penerbangan sehari.

Jelasnya, SKS Airways bermula dengan menggunakan pesawat 19-penumpang, DHC6-300 Twin Otter kepada pencinta pulau yang ingin mencari pengalaman percutian pendek hujung minggu ke destinasi pulau popular di Malaysia.

“Terbang dengan purata ketinggian 10,000 kaki, penumpang dapat menikmati pemandangan luar yang menarik dari dalam
pesawat sepanjang perjalanan,” katanya.

SKS Airways adalah syarikat penerbangan komersial yang menawarkan perkhidmatan penumpang dan penerbangan sewa-khas (charter). Syarikat berdaftar secara resmi dengan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

SKS Airways adalah sebahagian daripada Kumpulan SKS Group. SKS Group merupakan organisasi pelbagai disiplin dengan perniagaan utama merangkumi pembangunana hartanah, pegangan pelaburan, hospitaliti dan kredit kewangan yang
beribu pejabat di Johor Bahru. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×