Rentas Health melancarkan Pop-Up Callie Lab pertama di The Starhill KL

Rentas Health melancarkan Pop-Up Callie Lab pertama di The Starhill KL

Kelly Teoh (kiri) dan Dr. Kris See melancarkan Pop-Up Callie Lab di The Starhill KL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyedia produk penjagaan kesihatan revolusionari tempatan, Rentas Health Sdn. Bhd. telah melancarkan Pop-up Callie Lab pertamanya di The Starhill KL menerusi jenama pelitup muka Callie.

Pengarah Perubatan Osel Group of Clinics, Datuk Seri Dr. Kris See hadir sebagai tetamu jemputan pada acara pop-up di majlis pelancaran itu.

Sempena pelancaran itu, Callie dan Osel Group turut mengumumkan hasrat mereka untuk bekerjasama dan mencipta produk penjagaan kesihatan baharu yang akan berkembang menjadi sebahagian daripada kehidupan harian dalam tempoh endemik ini dan seterusnya.

Osel Group berkata, produk unik Callie akan digabungkan dengan teknologi R&D dan penjagaan kesihatan Osel Group, untuk menyepadukan proses kualiti yang memastikan semua ciptaan memenuhi dan melebihi standard kualiti antarabangsa yang paling ketat.

Pengarah Urusan Rentas Health, Kelly Teoh berkata, walaupun Callie serius mengenai kesihatan, keselesaan dan kesejahteraan pelanggannya, syarikat juga begitu bersemangat untuk memperkenalkan cara baharu yang indah untuk kekal dilindungi setiap hari.

“Inilah sebab mengapa kami memutuskan untuk mempamerkan pelitup gred perubatan kami, diluluskan di peringkat global dan gaya menarik dalam acara di Starhill yang berprestij ini dalam bentuk pertunjukan animasi 3D di luar Pavilion KL dan acara Pop-up Callie Lab di The Starhill KL.

“Selain itu, kami juga teruja dengan kerjasama baharu kami dengan Osel Group yang pastinya akan membantu membawa jenama Callie ke tahap yang baharu dan lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan.

Dr. Kris See pula berkata, pelitup muka gred perubatan pertama yang dicipta pada 1930 oleh Dr. Wu Lien Teh, yang kebetulan merupakan sebahagian daripada keturunan beliau, telah menetapkan penanda aras teknikal dan reka bentuk penapis yang membuktikan kegunaannya sehingga hari ini.

“Oleh itu, saya gembira melihat Callie sebagai jenama tempatan memainkan peranan penting dalam mendokong proses pengeluaran pelitup muka yang berkualiti, sentiasa berinovasi dengan kejuruteraan tinggi untuk kesejahteraan dan keselamatan orang ramai, selain mendokong aspirasi masyarakat untuk melakukan yang terbaik,” katanya.

Callie Lab Pop-up yang pertama dilancarkan itu dipenuhi dengan pengalaman mengasyikkan, pameran interaktif dan promosi menarik, yang mana akan berada di The Starhill KL dari 18 April hingga 1 Mei 2022.

Pengunjung juga boleh melihat pertunjukan animasi 3D Callie di papan iklan ikonik di luar Pavilion KL dalam tempoh yang sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN