PETALING JAYA: Petronas Gas Bhd. (PGB) memperuntukkan perbelanjaan modal (capex) sebanyak RM1.4 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022, sedikit lebih tinggi berbanding RM1.2 bilion pada tahun lalu. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Aziz Othman berkata, PGB menjangkakan lebih banyak kerja penyelenggaraan dalam tahun kewangan semasa apabila negara beralih ke fasa endemik. “Kami menjangkakan lebih banyak aktiviti penyelenggaraan serta lebih banyak kemajuan dalam pertumbuhan projek seperti yang…










