PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkolaborasi bersama PLUS Malaysia Berhad (PLUS) untuk membolehkan jajaran lebuh rayanya turut menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon seiring dengan komitmen kerajaan menuju pelepasan karbon sifar bersih seawal 2050. Kedua-dua pihak akan memastikan pengurangan pelepasan karbon di lebuh raya PLUS melalui tiga inisiatif kelestarian iaitu membangunkan rangkaian stesen pengecas kenderaan elektrik (EV), pemasangan sistem pemantauan kecekapan tenaga dan pemasangan system solar fotovoltaik di bangunan Kawasan…










