PETALING JAYA: Mah Sing Healthcare Sdn. Bhd. (Mah Sing Healthcare) telah memperoleh Sijil UKCA PPE Kategori III untuk sarung tangan nitrilnya. Menurut Mah Sing Healthcare, UKCA ialah penandaan produk baharu UK untuk barangan yang dijual di Great Britain meliputi England, Wales dan Scotland. Katanya, sijil itu dikeluarkan oleh Satra Technology, badan yang bertanggungjawab menjalankan penilaian pematuhan. Jelasnya, Satra Technology sebelum ini telah mengeluarkan Sijil PPE Kategori III Kesatuan Eropah (EU)…










