PETALING JAYA: Rakuten Trade mengekalkan sasaran penanda aras utama Bursa Malaysia, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kepada 1,700 mata menjelang akhir tahun disokong kemasukan dana asing yang berterusan di pasaran ekuiti tempatan. Ketua Penyelidikannya, Kenny Yee berkata, pihaknya percaya dana asing akan terus mendapatkan kaunter berkaitan indeks. “Oleh itu, kami menyasarkan 1,700 sebagai sasaran akhir untuk tahun ini berdasarkan 14 kali ganda pendapatan harga pasaran, dan Cukai Makmur yang…










