Petronas perkukuh perkongsian dengan empat PSC baharu - Utusan Malaysia

Petronas perkukuh perkongsian dengan empat PSC baharu

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) telah menandatangani Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) untuk lima blok penerokaan luar pesisir, melibatkan SB412, 2W dan X yang terletak di luar pantai Sabah, serta SK439/SK440 yang terletak di luar pantai Sarawak.

Blok SB412 di Sabah telah ditandatangani di antara Petronas, PTTEP HK Offshore Limited dan SapuraOMV Upstream (M) Sdn. Bhd., manakala PSC untuk laut dalam ultra Blok 2W dan X

ditandatangani antara Petronas, Sabah Shell Petroleum Company Ltd., Shell Sabah Selatan Sdn. Bhd. dan PETRONAS Carigali Sdn. Bhd.

PSC untuk Blok Sarawak SK439/SK440 pula telah ditandatangani antara Petronas, Sarawak Shell Berhad dan Petroleum Sarawak Exploration & Production Sdn. Bhd.

Majlis menandatangani PSC berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang telah dianugerahkan dalam Pusingan Bidaan Malaysia (MBR) 2021.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) Petronas, Mohamed Firouz Asnan menandatangani PSC bagi pihak syarikat.

Mohamed Firouz berkata, PSC yang baru ditandatangani akan menarik komitmen modal kira-kira RM600 juta dalam aktiviti penerokaan di Malaysia, mencerminkan daya tarikan potensi sumber hidrokarbon negara.

“Pengurangan dalam penggerudian penerokaan global sejak dua tahun lalu telah memberi tekanan kepada industri untuk menyelesaikan kekurangan bekalan semasa. Memandangkan ekonomi global mula pulih selepas wabak, industri perlu memastikan aktiviti penerokaan terus mengekalkan pengeluaran.

“Petronas komited untuk mengurangkan pelepasan karbon daripada operasi kami dengan teknologi seperti penangkapan dan penyimpanan karbon. Kami berharap dapat bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menyediakan tenaga yang selamat dan boleh dipercayai kepada pasaran,” katanya dalam kenyataan.

MBR ialah pusingan pelesenan tahunan Malaysia yang dihoskan oleh MPM yang menawarkan pelabur pelbagai peluang huluan, termasuk keluasan penerokaan, peluang sumber yang ditemui dan aset penghasilan lewat hayat. 

Pusingan Bidaan Malaysia (MBR) 2022, bertemakan ‘Tenaga Berfaedah Anda Di Sini’ dilancarkan pada 27 Januari, menawarkan 14 blok penerokaan, enam kelompok Peluang Penemuan Sumber dan satu kluster Aset Hayat Lewat.

Petronas, melalui MPM, menguruskan pengaturan petroleum di Malaysia dan menyediakan pengawasan terhadap aktiviti huluan petroleum. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya