Baru-baru ini Bank Negara Malaysia (BNM) telah melancarkan Pelan Sektor Kewangan 2022-2026 (PSK2022-2026). Ini adalah kali ketiga BNM melancarkan pelan sebegini semenjak pelancaran pelan pertamanya pada 2000. Berbeza dari pelan-pelan sebelum ini yang menggariskan perancangan untuk tempoh 10 tahun, pelan terbaharu ini adalah untuk tempoh 5 tahun. Tiga tema umum PSK 2022-2026 adalah kewangan untuk semua, kewangan untuk transformasi dan kewangan untuk kelestarian. Pelan ini telah dirangka tatkala negara Malaysia…










