PETALING JAYA: Northport (Malaysia) Bhd. (Northport), ahli Kumpulan MMC dan Sea Hawk Lines Shipping LLC (Sea Hawk) telah menandatangani Perjanjian Kerjasama Strategik untuk membangunkan perniagaan pukal cecair konvensional di Northport. Pertukaran dokumen perjanjian antara Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd. Yusof dan Pengarah Sea Hawk, Mani Krishnan dibuat semasa majlis perasmian Minggu Selangor di Ekspo 2020 Dubai hari ini. Majlis itu disaksikan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir…










