KUALA LUMPUR: Sektor perbankan Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk merealisasikan aspirasi negara dan menjalani transformasi serta perubahan ketara, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Menurutnya, Pelan Tindakan Sektor Kewangan yang memperincikan strategi penting bagi sektor kewangan baru-baru ini turut membantu mengharungi cabaran dan peluang yang akan datang. Ujarnya, ia juga memainkan peranan dalam merealisasikan matlamat ekonomi yang digariskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).…










