PUTRAJAYA: Kerajaan mengekalkan pelaksanaan rangkaian 5G secara Rangkaian Borong Tunggal (SWN) dengan membuka ruang untuk syarikat-syarikat telekomunikasi memegang ekuiti dalam Digital Nasional Berhad (DNB). Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, justeru kerajaan akan menawarkan sehingga 70 peratus daripada ekuiti DNB kepada Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) yang komited kepada Perjanjian Akses untuk perkhidmatan borong. “Dengan struktur pemilikan baharu, kerajaan akan memegang 30 peratus ekuiti. DNB akan…










