PETALING JAYA: Pertumbuhan sosioekonomi Terengganu dijangka kekal kukuh dan berdaya tahan berikutan usaha bersepadu Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bersama-sama kerajaan negeri Terengganu untuk melaksanakan projek berimpak tinggi. Menurut kenyataan, ECERC menyasarkan pelaburan komited sebanyak RM4 bilion yang bakal mewujudkan lebih 2,800 pekerjaan baharu dan 250 peluang keusahawanan di Terengganu serta RM2 bilion pelaburan yang akan direalisasikan tahun ini. “Bagi merealisasikan sasaran tersebut, ECERDC akan…










