PETALING JAYA: Bilangan penganggur terus menurun kepada 680,400 orang mencatatkan kadar pengangguran 4.2 peratus pada Januari 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, kedudukan tenaga buruh semakin baik pada Januari 2022 didorong oleh peningkatan berterusan dalam guna tenaga manakala penganggur dalam trend menurun. Beliau berkata, bilangan penganggur terus berkurang pada Januari 2022 kepada 680,400 orang, turun 1.1 peratus berbanding Disember 2021 sebanyak…










