PETALING JAYA: Berjaya Corporation Berhad (BCorp) mencatatkan hasil sebanyak RM2.05 bilion dalam suku berakhir 31 Disember 2021 berbanding RM1.94 bilion peningkatan, 5.9 peratus pada suku yang sama suku tahun sebelumnya.
Kumpulan turut merekodkan peningkatan ketara keuntungan sebelum cukai sebanyak RM231.65 juta berbanding RM35.875 juta dalam tempoh yang sama suku tahun sebelumnya, peningkatan sebanyak 546 peratus.
BCorp berkata, peningkatan hasil bagi suku tersebut didorong terutamanya oleh segmen peruncitan dan hospitaliti.
“Dalam segmen runcit bukan makanan, H.R. Owen PLC yang beroperasi di United Kingdom (UK), menyaksikan jualan lebih tinggi kebanyakannya dijana daripada sektor kereta terpakai, disebabkan oleh kekurangan bekalan yang berterusan.
“Hasil dalam segmen makanan runcit juga meningkat disebabkan pelonggaran sekatan ke atas perjalanan dan pembukaan tempat awam secara beransur-ansur. Ia ditambah dengan perayaan Krismas dan akhir tahun, dengan segmen ini menyaksikan pertumbuhan memberangsangkan, terutama kedai Starbucks yang menunjukkan pertumbuhan jualan lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan.
Menurut BCorp, pertumbuhan segmen hospitaliti turut disokong oleh kelonggaran sekatan Covid-19 secara beransur-ansur dengan menunjukkan hasil yang lebih tinggi melalui peningkatan kadar penghunian serta purata bilik yang lebih tinggi di peringkatan tempatan dan antarabangsa.
Bagaimanapun, sektor perkhidmatan menyaksikan penurunan disebabkan oleh prestasi STM Lottery Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai Sports Toto Malaysia Sdn. Bhd.) berikutan perintah berkurung di seluruh negara dari 1 Jun hingga 13 September 2021.
Walaupun segmen hospitaliti dan runcit membantu meningkatkan keuntungan sebelum cukai BCorp, namun Kumpulan juga mendapat keuntungan daripada pelupusan 30 peratus kepentingan dalam syarikat bersekutu, Razer
Fintech Holdings Ltd. dengan BCorp memegang 19 peratus kepentingan, jelasnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Abdul Jalil Abdul Rasheed berkata, keputusan suku dilaporkan adalah gabungan beberapa faktor.
“Pelonggaran Covid-19 sekatan adalah kritikal dan menunjukkan keadaan normal untuk perniagaan kami terutama dalam segmen runcit dan hospitaliti. Walau bagaimanapun, keputusan positif ini juga mencerminkan pelbagai inisiatif peningkatan perniagaan yang telah dijalankan oleh syarikat,” katanya.
Walaupun masih terdapat ketidaktentuan, beliau yakin BCorp kini jauh lebih bersedia untuk mengharungi masa hadapan melalui pelbagai inisiatif yang telah dilakukan.
“Tanpa sebarang keadaan yang tidak dijangka, kami menjangkakan hasil positif yang berterusan dan pertumbuhan untuk BCorp pada separuh kedua TK2022,” tambah Abdul Jalil. – UTUSAN










