PETALING JAYA: Sime Darby Property Berhad (Sime Darby Property) telah mencatatkan jualan sebanyak RM3.0 bilion untuk tahun kewangan penuh berakhir 31 Disember 2021 (TK2021). Menurut Sime Darby Property, pencapaian itu telah melepasi sasaran jualan RM2.4 bilion oleh syarikat bagi TK2021, dan merupakan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 50 peratus daripada tahun sebelumnya. Syarikat jelasnya, telah berjaya mencatatkan jumlah pelancaran baharu tertingginya dengan 3,594 unit hartanah bernilai RM3.7 bilion dalam nilai…










