PETALING JAYA: Hasil kaji selidik oleh Malaysia Vapers Alliance (MVA) mendapati sebanyak 90 peratus pengguna rokok elektronik (vape) di negara menyokong pengenalan peraturan vape di Malaysia dan mengatakan peraturan yang dibangunkan itu mestilah berbeza daripada rokok tradisional. Itu kerana, majoriti pengguna vape berpendapat, vape adalah alternatif yang kurang memudaratkan berbanding rokok tradisional. Kaji selidik yang dibuka kepada orang awam selama seminggu itu menyaksikan seramai 1,000 pengguna vape berkongsi pandangan mereka…










