Barangan kemas terus menjadi rebutan rakyat negara ini.

Nilai tinggi: Emas jadi rebutan

PEMBELI melihat barangan kemas yang dijual di Armel Gold, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. – UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Walaupun keadaan ekonomi dunia agak perlahan rentetan pandemik Covid-19, barangan kemas terus menjadi rebutan rakyat negara ini.

Menurut Pengarah Eksekutif Armel Gold, Zahardi Arman Zakaria, barang kemas sebagai logam yang sukar menyusut nilainya menjadi pilihan rakyat negara ini untuk dijadikan hiasan mahupun pelaburan melalui pembelian atas talian.

“Justeru kami sebagai pengeluar barang kemas beroperasi di Setia Alam mengambil keputusan membuka kedai emas pertama di Seksyen 7 di sini pada 11 November tahun lalu membabitkan pelaburan sebanyak RM3 juta.

“Saingan memang sengit ke­rana terdapat lebih daripada 10 kedai emas di sini. Namun dengan harga barang kemas tanpa caj upah, kedai emas kami menjadi pilihan pembeli,” katanya ketika ditemui di sini.

Zahardi Arman berkata, dengan pengalaman bertahun sebagai pengeluar barang kemas, pihaknya yakin industri tersebut mempunyai masa depan yang cerah dan bercadang membuka cawangan di seluruh negara seperti di Bandar UDA Johor Bahru dan Bandar Perda Bukit Mertajam Pulau Pinang.

Katanya, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020, jualan barang kemas melonjak 10 kali ganda dengan pemasaran melalui media sosial seperti Facebook.

“Permintaan membeli barang kemas bukan sahaja daripada pihak peniaga barang kemas, malahan individu dari seluruh negara atas nama Smart Bullion Sdn.Bhd.

“Kita sebagai pembekal emas membuka kedai di sini setelah berbincang dengan lembaga pengarah dan yakin dapat memasarkan produk emas termurah di Malaysia,” katanya.

Mengulas lanjut, pihaknya menyasarkan untuk menjual barang kemas sebanyak 100 ki­logram sebulan yang mana pada masa ini jualan sejak November lalu adalah 30 kilogram sebulan.

Beliau menambah, pada masa ini rantai tangan sauh, biskut tawar, roti ban, rantai tangan koko lipan dan rantai leher boba serta emas nuget satu gram menjadi pilihan peminat barang kemas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN