PETALING JAYA: Nestlé (Malaysia) Berhad mencatatkan prestasi kukuh pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 dengan pertumbuhan perolehan sebanyak 5.9 peratus kepada RM5.7 bilion, dipacu pertumbuhan positif dalam perniagaan makanan dan minuman (F&B) teras Kumpulan bagi pasaran domestik dan eksport. Kumpulan turut mencatatkan untung sebelum cukai (PBT) lebih tinggi berjumlah RM751.8 juta tahun lalu, meningkat 3.7 peratus berbanding tempoh sama 2020, manakala untung selepas cukai (PAT) meningkat sebanyak 3.1 peratus…










