MISC Bhd. merekodkan keuntungan bersih RM1.83 bilion.

MISC catat untung bersih RM1.83 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MISC Bhd. merekodkan keuntungan bersih RM1.83 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021, berbanding kerugian bersih RM43 juta pada tahun kewangan 2020.

Menurut kenyataan, keuntungan lebih tinggi itu disumbangkan oleh penerimaan peruntukan bagi tuntutan litigasi berjumlah RM1.05 bilion, serta hapus kira piutang perdagangan selain kerugian ke atas penilaian semula piutang pajakan kewangan berjumlah RM846.2 juta.

“Ini susulan keputusan oleh Tribunal Timbang Tara ke atas unit MISC, Gumusut-Kakap Semi-Floating-Production System (L) Ltd, dalam prosiding timbang tara terhadap Shell Petroleum Ltd.

“MISC juga merekodkan kerugian susut nilai lebih rendah berjumlah RM219.5 juta, terutama dalam segmen kejuruteraan berat dan marin.

“Perolehan turut meningkat kepada RM10.67 bilion pada tahun kewangan 2021 daripada RM9.4 bilion pada tahun kewangan 2020, dipacu penerimaan perolehan daripada penukaran kemudahan penyimpanan dan pemunggahan pengeluaran terapung (FPSO) dalam segmen perniagaan luar pesisir,” menurut kenyataan itu.

Pada suku keempat 2021, MISC mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah iaitu RM461.7 juta berbanding RM556 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya, manakala perolehan melonjak kepada RM3.09 bilion daripada RM2.64 bilion.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MISC, Datuk Yee Yang Chien berkata, pihaknya menjangkakan pelbagai cabaran besar akan berlarutan pada 2022 berikutan faktor-faktor yang menjejaskan pemulihan ekonomi global jangka masa terdekat.

“Walaupun menghadapi cabaran, kami perlu kekal komited terhadap keutamaan kami dan menumpukan usaha memastikan kejayaan projek kami, supaya dilaksanakan dalam pengoperasian dan mengubahnya menjadi aset menjana tunai pada tahun-tahun akan datang.

“MISC akan terus melabur secara strategik, mengutamakan peluang pertumbuhan penting dan memaksimumkan penciptaan nilai untuk semua pihak berkepentingan memandangkan syarikat terus mengoperasikan perniagaan secara selamat, bertanggungjawab dan mampan,” ujarnya.

Sementara itu, baki tunai kumpulan kekal baik iaitu RM7.93 bilion, disokong oleh aliran tunai yang stabil yang dijana daripada perniagaan luar pesisir dan portfolio kontrak jangka panjang dalam segmen aset gas dan penyelesaian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN