WASHINGTON: Microsoft Corp. Sedang berbincang untuk memperoleh syarikat penyelidikan keselamatan siber dan tindak balas insiden, Mandiant Inc.. bagi meningkatkan usaha dalam melindungi pelanggan daripada digodam.
Menurut sumber, perbincangan itu mungkin tidak membawa kepada penawaran.
“Mandiant akan membina pelbagai produk Microsoft untuk melindungi pelanggan daripada ancaman keselamatan siber,” katanya.
Microsoft dan Mandiant enggan memberi komen tentang perkara tersebut.
Saham Mandiant melonjak 18 peratus di New York, menjadikan nilai pasarannya hampir AS$4.3 bilion (RM12.89 bilion). Manakala, Saham Microsoft naik 1.2 peratus kepada AS$304.56 (RM913.56)
Syarikat persisian gergasi itu telah membeli dua syarikat keselamatan siber yang kecil pada tahun lalu dan berkata ia telah mengumpul AS$15 bilion (RM45 bilion) dalam jualan perisian keselamatan pada 2021, meningkat hampir 45 peratus daripada tahun sebelumnya.
Pada tahun lalu, Mandiant telah melantik bekas Eksekutif Awan Amazon .com Inc., Charlie Bell untuk menyelia usaha keselamatannya dan memberitahu mereka mempunyai 3,500 pekerja yang bekerja untuk melindungi pelanggan.
Sementara itu, Bloomberg Intelligence, Anurag Rana berkata, itu merupakan langkah yang bijak untuk Microsoft.
“Di masa depan, teknologi awan yang mempunyai banyak ciri keselamatan akan menang. Sekiranya perjanjian itu dilaksanakan, ia akan membolehkan Microsoft bersaing dengan lebih baik dengan syarikat yang tertumpu semata-mata kepada keselamatan dan mungkin juga akan mendorong pesaing awan seperti Amazon.com Inc., dan Google Alphabet Inc. untuk melakukan pemerolehan seperti itu,” katanya. – AGENSI










