Figura International lahirkan 150 usahawan berjaya

Cipta peluang bersama Figura International

Usahawan menghadiri program FAC di Hotel Seri Malaysia, Bertam, Pulau Pinang pada 14 Februari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEJAYAAN melahirkan 150 usahawan yang berjaya menjana pendapatan empat hingga lima angka sebulan ketika negara dilanda krisis penularan wabak Covid-19 sejak dua tahun lalu adalah satu yang amat membanggakan.

Lebih manis lagi apabila sebahagian daripada usahawan itu adalah suri rumah sepenuh masa, ibu tunggal dan generasi Y yang sebelum itu terkesan te­ruk dari segi ekonomi dan kesihatan akibat krisis Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Figura (M) Sdn. Bhd. (Figura International), Mohd. Hafiz Khalid berkata, pihaknya amat terharu dan gembira apabila mampu melahirkan usahawan yang berjaya menambahkan pendapatan mereka ketika negara dilanda krisis ekonomi yang amat mencabar itu.

Katanya, dalam situasi yang sukar dan mencabar itu, 150 usahawan itu telah mengambil pe­luang untuk bersama perniagaan Figura International yang berasaskan kepada produk pemakanan kesihatan.

“Figura International dilan­carkan pada Julai 2021 dan pada ketika itu negara masih di bawah Perintah Kawalan Perge­rakan (PKP) dan terpaksa mengikut prosedur Operasi Standard (SOP) yang masih ketat.

“Banyak syarikat yang terpaksa gulung tikar dan ramai pekerja yang dibuang kerja kesan daripada krisis Covid-19, namun saya membuat keputusan menongkah arus dengan melancarkan perniagaan Figura International.

“Ramai terkejut dengan keputusan yang saya buat tetapi saya yakin krisis Covid-19 ini akan membuka peluang dan ruang yang lebih besar kepada usa­hawan untuk menjana pendapatan dengan memper­kenalkan produk Figura yang mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Ibu pejabatnya di Platinum Walk, Setapak, baru-baru ini.

MOHD. HAFIZ KHALID

Mohd. Hafiz berkata, bagi memantapkan lagi ilmu pengetahuan, jati diri dan semangat usahawan terbabit, pihaknya mengadakan program Figura Ambassador Club (FAC) yang berlangsung selama tujuh bulan bermula 13 Februari lalu.

Katanya, seramai 30 usahawan dipilih berdasarkan kepada pres­tasi, latar belakang dan kejayaan mereka sepanjang menjalankan perniagaan bersama Figura International.

“Selama tujuh bulan, syarikat akan memberi latihan berkala, membuat pemantauan secara individu dan kumpulan dan menjemput penceramah jemputan bagi memperkasa ilmu pengetahuan dan semangat kendiri mereka.

“Saya yakin dengan program FAC ini, semua 30 usahawan ini mampu mencipta kejayaan yang lebih besar dalam perniagaan Figura International dan seterusnya menjadi ikon kepada masyarakat.

“Di sebalik kisah kejayaan mereka, saya amat tertarik de­ngan kisah sebahagian daripada usahawan ini yang bangkit de­ngan bersemangat untuk berjaya dalam perniagaan Figura International,” katanya yang turut akan mengadakan Jelajah Seminar Inspirasi Wanita hasil daripada kisah kejayaan usahawan terbabit.

Produk Figura dan Figura Coffee Latte

Tegasnya, kisah kejayaan usahawan berkenaan boleh menjadi inspirasi kepada ma­syarakat Malaysia khususnya golongan wanita untuk berjaya dalam perniagaan dan kehidupan.

30 usahawan terbabit adalah Habibah Nordin, Hasnah Mat, Najmiah Nawawi, Robuna Ahmad, Nor Fadzilah Ismail, Indom Md Amin, Yusmalina Nawi, Rozana Yacob, Julia Hamid, Siti Mazura Shaik Ahmed Yusoff, Hajjah Roshida Ibrahim, Zainab Mohamed Said, Haslinawati Umar, Fouziah Mat Ros, Martinie Mokhtar, Mohamad Danish Haikal, Hajjah Salmah Yom, Fatimah Md Zain, Nur Fatihah Othman, Annantharajan Palaniandy, Hashidah Hussin dan Bashir Saad.

Selain itu, Figura Inter­natio­nal menjalin kerjasama akademik dengan tiga pakar penyelidikan dari Universiti Ke­bangsaan Malaysia (UKM) bagi menghasilkan produk berkualiti tinggi berbanding harga yang ditawarkan.

TIGA pakar penyelidik Figura International, (dari kiri) Dr. Abdul Latiff Mohamad, Dr. Wan Aida Wan Mustafa dan Dr. Noor Hassim Ismail.

Mereka adalah Profesor Emeritus Fakulti Sains dan Teknologi UKM, Datuk Dr. Abdul Latiff Mohamad; Profesor Dr. Noor Hassim Ismail dari Fakulti Perubatan UKM dan Profesor Dr. Wan Aida Wan Mustapha selaku Ketua Kluster Penyelidikan Makanan Fungsian, Fakulti Sains dan Teknologi UKM.

“Hasil penyelidikan mengesahkan antioksidan yang terkandung dalam Figura S adalah tujuh kali lebih tinggi daripada vitamin C,” jelas Mohd. Hafiz.

Antioksidan yang tinggi pen­ting untuk meningkatkan imunisasi badan sekali gus dapat mengawal atau mencegah pelbagai serangan penyakit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya